Manja dan Herry adalah sepasang suami isteri yang sangat romantik dan
saling sayang menyayangi. Bagi Herry, Manja adalah seorang isteri dan
suri rumah yang baik. Sedaya upaya Manja cuba menyembunyikan identitinya
sebagai seorang ketua kumpulan gangster. Dipejabat, Herry kerap dibuli
oleh Mat Saja, tetapi setiap kali Herry dibuli pasti Mat Saja akan
menerima balasannya. Perkahwinan mereka yang sudah berusia 2 tahun itu
masih belum dianugerahkan anak disebabkan Manja yang pernah mengalami
kecederaan perut akibat kisah silam, membuatkan Manja berasa serba salah
lalu cuba mencarikan seorang isteri yang boleh memberikan anak untuk
suaminya yang tersayang. Ia juga adalah untuk mengalih perhatian Herry
dari mengetahui aktiviti luarnya yang semakin sibuk setelah bergelar
ketua kawasan, tambahan pula kawasannya kerap diganggu oleh musuhnya Min
Siam.
Manja melamar Reanna, rakan sepejabat Herry yang baru untuk menjadi
madunya. Walaupun redha dengan perkahwinan suaminya yang baru, jauh
disudut hatinya perasaan cemburu melihat kemesraan Reanna dan Herry.
Maka berlakulah perang dingin antara Manja dan Reanna dirumah. Sedang
mereka asyik bergaduh, tiba – tiba Herry menghilangkan diri. Kedua dua
madu itu berusaha mencari Herry di merata tempat, Manja bergegas ke
tempat musuhnya iaitu Min Siam, kerana khuatir Herry diculik ahli
kumpulan Min Siam.
0 Response to "Behind The Movie : Bini-Biniku Gangster (2011) SDTVRip AVI Mediafire"
Post a Comment